9/25/2010 07:59:00 AM
Keajaiban Otak Manusia
Posted on September 6, 2009 by azzaam
Dua tahun lalu saya ada membuat satu artikel yang berkaitan dengan Perihal Otak manusia, namun artikel itu hanya digunakan sebagai bahan bacaan tambahan di Sekolah lama saya. Itupun atas permintaan dari Alumni sekolah saya, sebab ketika itu saya sebenarnya pada tidak berapa minat dalam penulisan Ilmiah, tapi lebih menjurus kepada penulisan Novel kerana terlalu meminati Faisal Tehrani dan Dr HM Tuah.
Pada minggu lepas saya balik ke rumah saya dan saya terjumpa kembali artikel yang saya tulis dua tahun dulu, ehm… bagus juga kalau saya olah balik artikel ini dan pos ke dalam blog saya. Ehm… saya dah banyak mengarut ini, tanpa membuang masa lagi hayatilah artikel saya mengenai ‘KEAJAIBAN OTAK’.
Akal terletak pada otak, akal juga yang membedakan antara manusia dan binatang. Tapi tahukah anda semua bahawa otak manusia mempunyai 10 hingga 15 billion neuron. Jumlah ini melebihi 2 kali ganda seluruh penduduk Dunia!!! PELIK TAPI BENAR!! Bunyinya macam rancangan PELIK TAPI BENAR yang sering keudara di siaran radio Ria, Singapura. Saya selalu mendengar siaran tersebut jika saya pulang ke Johor Bahru, seronok namun kadang-kadang menakutkan. La… melalut lagi saya ni, meh kita merungkai keajaiban otak yang seterusnya. Disamping neuron,terdapat juga synaps didalam otak manusia. Synaps berfungsi sebagai penghubung antara neuron-neuron yang ada dalam otak manusia. Jumlah synaps itulah yang menentukan tahap kecerdasan otak kita. Jumlah synaps dalam otak kita biasanya berjumlah 10 trilion, tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum..
Baiklah mari kita lihat apa yang ada dalam otak serta lihat dan akui keajaiban-keajaibannya. Berat otak lebih kurang 1.5 KG iaitu 1/40 berat badan kita. Kalau anda tak percaya cuba timbang badan anda kemudian timabang kepala anda pula. (walaupun caranya macam kelakar, tapi itu satu cobaan yang baik bukan?).
Previous
Next Post »